ANALISIS KE ATAS MINYAK-
Analisis telah menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda' mengandungi
0,5-1.5% essential oil. Ia mempunyai kesan holistic dengan baunya sahaja
boleh mencetus pengluaran hormone dan bahan pembawa (messenger
substance). Sebagai minyak ia dihadam masuk ke dalam salur limfa
(lymphatic vessel) dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan
membuang sumbatan (decongest) dalam kor sistem lymphatic.
KAEDAH PENGAMBILAN MINYAK
LUARAN
Bila disapu di luaran ia ada tindakbalas rubefacient ( membekas dan
merangsang peredaran darah ditempat yang digosok) dan kesan bius
tempatan lembut (local anaesthetic effect)
DALAMAN
Bila
diambil secara dalaman, ia menyebabkan rembesan saliva, menjadi
expectorant (Mengeluarkan kahak, mucus dan hingus dari paru-paru,
bronkus dan trachea), melegakan kembung dan angin, colic sakit perut dan
kesan purgative (pengeluaran isi perut)
HIDUAN
Bila dihidu aromanya ia merembes cecair badan, dan melegakan salur nafas yang tersumbat (congestion of the bronchioles)
TINDAK BALAS HABBATUS SAUDA' KEMUNGKINAN SEBAB/PUNCA
Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda':
1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)
2. Demam (Masalah usus kecil / besar)
3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)
4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)
5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)
7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)
11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)
12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)
13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)
14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN IMMUNE SYSTEM
Menguatkan Sistem Pertahanan badan (Immune System) pada diri manusia.
1. Makan beberapa titis minyak atau 5-7 biji Habbatus Sauda' untuk
dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.
2. Jika mempunyai masalah yang lebih berat, maka disyorkan mengambil satu sudu teh (5ml) sebelum sarapan pagi.
3. Selain dari itu sebagai alternatif Habbatus Sauda' boleh di ambil
sebagai kapsul atau kapsul minyak Habbatus Sauda'. Dosage adalah
mengikut saranan pengeluar. Salah satu penemuan awal dalam kajian ke
atas Habbatus Sauda ialah keupayaannya meningkatkan sistem pertahanan
badan.
“ Habbatus Sauda' memiliki peranan yang penting pada
pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama
minyak Habbatus Sauda' memperkuat sistem pertahanan badan. Selain itu
dapat mempercepat pembelahan sel ”.Dr. Stanley Kopok,
University of Arizona, USA
Kesan pengambilan Habbatus Sauda' dengan nilai pemakanan dan nilai
perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi
ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan
serangan penyakit.
KECERGASAN MINDA
Tenaga untuk mengulangkaji pelajaran
Minum ½ sudu minyak Habbatus Sauda', atau campurkan dengan minuman panas.
Menguatkan Ingatan/MEMORY IMPROVEMENT
Satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' dicampur dengan 100 mg daun MINT
yang direbus. Selain dari itu biji Habbatus Sauda' yang dihancurkan
boleh dicampurkan ke dalam minuman panas. Ia diminum ketika diperlukan.
KENCING MANIS / DIABETES
Kencing Manis / DIABETES
1. Amalkan minum satu sudu teh (5ml) minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan pagi.
2. Campurkan satu cawan biji water cress (Nasturtium microphyllum)
dengan secawan Habbatus Sauda', setengah cawan kulit pomegranate, san
setengah cawan fumitory (Fumaria officinalis). Hancurkan sehingga jadi
tepung, ambil setengah sudu campuran itu dengan satu sudu (5ml) minyak
dara Habbatus Sauda' setiap pagi sebelum sarapan selama sebulan.
Peringatan:
Sebarang kaedah rawatan kencing manis hendaklah diselaraskan dengan
nasihat doktor. Pengetahuan tentang penyakit ini amat penting dalam
mengawalnya.
Habbatus Sauda'
1. Menolong mengurangkan rasa lesu dan lethargic pada pengidap kencing manis. Hidup akan menjadi lebih aktif dan bermaya.
2. Menolong mengurangkan tahap gula dalam darah. Ada kes-kes di
mananpengambilan Habbatus Sauda menyebabkan penurunan gula dalam darah
dengan mendadak (hypoglycemia) tahap gula dalam darah yang rendah adalah
amat merbahaya. Ia boleh menyebabkan pengsan dan fatality. Oleh sebab
itulah pengambilan Habbatus Sauda' mestilah diselaraskan dengan rawatan
konvensional.
Antara langkah yang mungkin perlu diambil ialah:
1. Jangan makan Habbatus Sauda' jika perut kosong
2. Mengurang atau menambah kuantiti pengambilan Habbatus Sauda'
mengikut tahap gula dalam darah. Adalah penting untuk pengidap kencing
manis untuk memantau tahap gula mereka di klinik atau
hospital.nAlat-alat pembacaan tahap gula dalam darah boleh dibeli dengan
harga yang berpatutan.
3. Mengikut nasihat doktor dalam pemakanan.
4. Pengambilan Habbatus Sauda' juga boleh menolong mengurangkan kesan
sampingan akibat kencing manis seperti kerosakan pada saraf hujung
anggota badan (peripheral neuropathy), kerosakan kepada hati (liver),
mata dan buah pinggang.
5. Biasanya penyakit kencing manis akan
diiringi oleh masalah-masalah kesihatan yang lain seperti tekanan darah
tinggi, masalah jantung, dan sebagainya. Pengambilan Habbatus Sauda'
dapat mengurangkan penderitaan pengidap penyakit ini.
Seorang
yang mengidap diabetes tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang
cukup untuk menggunakannya dengan efektif, sehingga menyebabkan tahap
gula (glucose) dalam darah menjadi tinggi. Dengan peredaran masa,
ketidakseimbangan ini akan
menyebabkan sakit jantung, kerosakan saraf, sakit ginjal, hilang penglihatan dan lain-lain komplikasi.
Ada dua jenis diabetes:
Type 1:
Diabetes bergantung dengan insulin yang biasanya terjadi sebelum umur 30 tahun.
Type 2:
Diabetes tidak bergantung kepada insulin yang menjadi 90% dari
keseluruhan kes-kes diabetes biasanya muncul selepas umur 45 tahun.
Type 1 terjadi bila pankreas berhenti menghasilkan insulin.
Sebab-sebabnya tidak diketahui, berkemungkinan besar disebabkan oleh
tindak balas auto-immun. Pengidap jenis ini mesti mengambil insulin
sepanjang hidup mereka.
Jenis diabetes Type 2 terjadi apabila
berlaku tentangan terhadap fungsi insulin. Pankreas mengeluarkan
secukupnya insulin tetapi sel-sel badan tidak bertindakbalas kepadanya.
Gemuk yang berlebihan adalah penyebab utama. Faktor genetik / keturunan
juga
memainkan peranan utama. Habbatus Sauda' adalah herba yang efektif untuk menurunkan tahap gula dalam darah.
Selain dari itu seorang pengidap diabetes hendaklah:
Bersenam selalu, turunkan berat badan ia dapat menolong mengawal
daibetes Makan makanan yang kurang gula dan lebih banyak fibre atau
serat.
KANSER
Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
Makan beberapa titis minyak atau biji HabbatusSauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan.
Rawatan untuk Kanser:
Campurkan 1 kg minyak Habbatus Sauda' dengan 1 kg madu asli kemudian
panaskan selama 15 minit, selepas itu campurkan ½ cawan jus lemon dan
biarkan ia sejuk. Ambil 2 sudu teh campuran ini setiap pagi selama 3
minggu atau lebih.
Semasa rawatan Radiotherapi/chemotherapi
Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' setiap hari.
Mencegah Kanser
1. Amalkan beberapa titis minyak atau 5-7 biji HabbatusSauda' untuk
dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Minum satu sudu teh minyak Habbatus
Sauda' sebelum sarapan.
2. 2 sudu teh minyak Habbatus Sauda' 2
sudu teh biji Habbatus Sauda' yang ditumbuk halus,1 sudu teh royal
jelly, Panaskan sedikit minyak Habbatus Sauda dalam kuali, campurkan
dengan biji yang telah ditumbuk halus, kemudian gaulkan dengan royal
jelly dan angkat. Simpan ditempat yang sejuk.
Ambil satu sudu
teh campuran ini sebelum makan 3 kali sehari. Amal selama 6 minggu
kemudian selepas itu kurangkan dos nya kepada 2 kali sehari.
Keupayaan Habbatus Sauda untuk melawan, mencegah dan merawat kanser
telah dibuktikan dalam kajian saintifik. Untuk contoh-contoh kajian yang
telah dijalankan,
Di bawah ini adalah contoh kajian in vitro yang dibuat mengenai kanser payudara dan Habbatus Sauda':
1. Farah, I.O., Begum, R.A. Effect of Nigella sativa (N. sativa L.) and
oxidative stress on the survival pattern of MCF-7 breast cancer cells.
Biomed Sci Instrum. 2003;39:359-64.;
2. Farah, I.O., Assessment
of Cellular Responses to Oxidative Stress using MCF-7 Breast Cancer
Cells, Black Seed (N. Sativa L.) Extracts and H2O2. Int. J. Environ.
Res. Public Health 2005, 2(3), 411-419 Pengkaji tersebut ialah Dr.
Ibrahim O. Farah dari Department of Biology, Jackson State University,
Jackson, MS 39217, USA
Berikut adalah rumusan pengkaji tersebut:
In conclusion, N. Sativa alone or in combination with oxidative stress
was found to be effective (in vitro) in influencing the survival of
MCF-7 breast cancer cells, unveiling promising opportunities in the
field of cancer chemoprevention and/or treatment.
-“ Sebagai
rumusan, Habbatus Sauda (Nigella sativa) sendiri atau kombinasi dengan
oxidative stress …. Didapati berkesan… untuk mempengaruhi survival
sel-sel kanser payudara…. Menyingkap satu peluang yang memberi harapan
dalam bidang mencegah kanser… dan / atau rawatan.”
Dalam kajian
tersebut ekstrak Habbatus Sauda' (menggunakan teknik ekstrak alcohol)
telah dikenalpasti sebagai sangat berkesan membunuh sel-sel kanser
payudara. Akhir sekali pengkaji tersebut telah mengesyorkan supaya
kajian lebih mendalam dibuat dalam
usaha membongkar rahsia bagaimana Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-kanser.
sumber
www.minsyam.lot.my