Habbatus Sauda | Minyak Zaitun | Kapsul Habbatus Sauda| Kapsul Minyak Zaitun | Minyak Sapu | Ubat untuk
semua penyakit | Kulit Cerah, Cantik & Berseri | Kesihatan |
Kesuburan | Bentong, Pahang 013-934 9884
Kebaikan Solat Utk Kesihatan
Oleh : Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas dalam bukunya “Solat kebaikan dari perspektif sains”
TAKBIRATUL IHRAM
Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan selari dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.
Manfaat:
Pergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan.
Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke
seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang
sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua
tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini
menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh
bahagian atas.
RUKUK
Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila
diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah.
Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.
Manfaat:
Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang
(corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi
jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh
bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan
otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk
mencegah gangguan prostat.
IKTIDAL
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.
Manfaat:
Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri
bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik.
Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan
pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.
SUJUD
Meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.
Manfaat:
Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di
atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara
maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh
itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi
kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir.
Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi
kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
DUDUK
Duduk ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.
Manfaat:
Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung
dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada
pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan.
Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran
pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan
saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah
mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk
menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks
kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan
kekuatan organ-organ gerak kita.
SALAM
Pergerakan:
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.
Manfaat:
Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah
di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan
kulit wajah.
Jadi selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini
kita sering melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari
untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, Insya Allah kita juga akan
mendapatkan kesihatan & menambah kecerdasan